Apakah Tindakan Sivarasa Satu Contoh “Good Governance” PKR?

Sivarasa menyampaikan ucapan di dalam Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang.-Foto/Media sosial
(Utusan Melayu (M) Bhd )

Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah telah membuat satu kenyataan membela diri setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa teramat murka dan dukacita dengan tindakannya yang memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang pada minggu lalu dan menggunakan ruangan solat sebagai tempat berpolitik.

Dipetik daripada Free Malaysia Today, Sivarasa berkata:

“Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor,” Sivarasa Rasiah.

Saya merasakan kenyataan Sivarasa itu amat biadap dan tidak masuk akal, malah pemimpin PKR itu bukan sahaja telah  melanggar titah tuanku Sultan Selangor, malah telah mempertikaikan titah tuanku Sultan.

Pemimpin mesti memahami Perlembagaan Persekutuan.

Menafikan menggunakan masjid untuk tempat berpoltik, Sivarasa tidak boleh menafikan kenyatan telah berucap di kawasan solat saf hadapan masjid tersebut; di mana peristiwa itu telah dibuktikan melalui gambar-gambar yang tersiar di media.

Tuanku Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor berhak menentukan adab bagi orang-orang bukan Islam di masjid-masjid kerana baginda bukan sahaja mahu menjaga kesucian dan kemurnian masjid-masjid di negeri Selangor, malah menjaga kesucian agama Islam; dan Sivarasa Rasiah sebagai rakyat Selangor mesti patuh akan titah baginda.

PKR berbangga dengan apa yang mereka dakwa sebagai mengamalkan “good governance” dalam mentadbir negeri Selangor; apakah sikap tidak menghormati agama Islam ini satu contoh “good governance” PKR?

Sivarasa Rasiah sebagai pemimpin di Selangor sepatutnya menghormati agama Islam dan adab di masjid dan bukannya mempertahankan tindakkannya yang telah menghina masjid, iaitu berada di kawasan saf hadapan masjid tersebut.

Soalan saya:

  1. Apakah ini contoh “good governance” yang dibanggakan oleh PKR, iaitu pemimpin tidak menghormati Islam, agama bagi negeri Selangor dan agama bagi negara Malaysia dan melanggar titah tuanku Sultan Selangor?
  2. Apakah ada keperluan bagi Sivarasa Rasiah sebagai seorang bukan Islam berada di kawasan solat masjid, dan berucap di kawasan saf hadapan masjid?
  3. Apakah “ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor” oleh pemimpin bukan Islam mesti dibuat di kawasan solat saf hadapan masjid?
  4. Apakah sumbangan yang disampaikan boleh menjustifikasikan tindakannya yang menggunakan ruang solat untuk berucap?
  5. Adakah ini satu contoh cara kerajaan Selangor dalam membimbing institusi surau dan masjid di Selangor?

Sultan Selangor Teramat Murka Sivarasa Menggunakan Masjid Untuk Politik

Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa telah melanggar titah tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan gagal menghormati agama Islam yang merupakan agama negeri Selangor dan agama negara ini. 

Jika benar R. Sivarasa mewakili Menteri Besar, maka Menteri Besar juga telah melanggar titah tuanku Sultan Selangor kerana menyebabkan perkara ini terjadi.

Utusan Online – KLANG 30 Mei – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa teramat murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa yang memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang pada minggu lalu dan menggunakan ruangan solat sebagai tempat berpolitik.

 Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, baginda telah bertitah kepada Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani supaya mengarahkan JAIS mengmbil tindakan terhadap nazir dan jawatankuasa masjid tersebut.

Menurut beliau, rasa teramat murka Tuanku itu juga dizahirkan sebanyak dua kali secara peribadi kepadanya.

“Kita telah memanggil nazir berkenaan pada Jumaat lalu untuk menjelaskan berhubung kejadian tersebut dan telah menyembahkan laporan tersebut kepada baginda pada Isnin(semalam). Bagaimanapun, setelah membaca laporan ini, baginda menzahirkan rasa teramat murka dan pada Tuanku, Sivarasa tidak menghormati titahnya bahawa ahli politik tidak dibenarkan menyampaikan atau mengambil kesempatan dalam ruangan solat.

“Oleh itu, kita akan memanggil lagi sekali nazir berkenaan selewat-lewatnya minggu ini untuk diberikan surat tunjuk sebab mengapa membiarkan Sivarasa berucap dalam institusi masjid.

“Mereka harus ingat bahawa nazir yang tidak menghormati titah Tuanku boleh diambil tindakan sama ada diberi amaran, digantung atau dipecat mengikut Peraturan Kawal Selia Masjid Selangor,” katanya kepada pemberita pada majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Kampung Sementa, Kapar Klang di sini malam ini.

Semalam, Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd. Adzib Mohd. Isa ketika berucap semasa majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam semalam menegaskan pihaknya memandang serius isu pengunaan masjid dijadikan sebagai pentas untuk meraih sokongan politik.

Beliau membacakan ucapan tersebut di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada masa sama, Mohamad Adzib turut merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa yang memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang pada minggu lalu untuk menyampaikan sumbangan yang mana ia dianggapnya bukan satu tindakan yang sesuai kerana larangan penggunan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik telah dikuatkuasakan di Selangor.

Malah, beliau turut meminta JAIS mengambil langkah yang sewajarnya mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, menjelaskan berhubung laporan tersebut, Haris menjelaskan bahawa penganjur tidak mengetahui langsung berhubung kehadiran Sivarasa dalam aturcara program sumbangan moreh anjuran penyelaras Dewan Undangan Negeri itu.

“Nazir berkenaan sebenarnya berhak menghalang Sivarasa untuk berucap tetapi sebaliknya memberi peluang kepada beliau berucap. Tindakan itu menjadi satu kesalahan.

“Setakat ini, kita telah menghantar surat kepada semua ahli politik supaya menghormati titah Tuanku supaya tidak dibenarkan berpolitik dalam masjid,” jelasnya.

%d bloggers like this: