Kenyataan JPM tolak ICERD tidak ikut formaliti – Zahid

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Kenyataan akhbar dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri mengenai keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) didakwa tidak mengikut formaliti pentadbiran.

Hal demikian ini kerana perkara itu hanya boleh disahkan melalui tanda tangan Perdana Menteri sendiri yang kemudiannya membawa usul itu ke Parlimen agar dapat direkodkan dalam hansard rasmi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan sedemikian (kenyataan akhbar) tidak boleh diterima dan tidak menjamin bahawa ia akan berubah pada bila-bila masa, apatah lagi ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

“Pembangkang berterima kasih kepada keputusan itu dan percaya ia ada kaitan dengan perhimpunan kebangkitan ummah dalam menentang ICERD di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

“Ia juga dipercayai ada hubungan dengan langkah politik kerajaan PH menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri hari ini bahawa kerajaan menegaskan tidak akan meratifikasi ICERD.

Menurut kenyataan itu, kerajaan PH sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Former Columnist at Utusan Online.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.