Apabila Raja-Raja Melayu Telah Bersuara

Sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9hb Mei 2018, rakyat Malaysia menyaksikan banyak perubahan landskap politik negara sejak kerajaan baharu mengambil alih kepimpinan negara. Negara ini digemparkan dengan berberapa isu-isu hangat, termasuk isu berkenaan LGBT, kebebasan beragama, ketuanan Melayu, konvensyen antarabangsa ICERD, dan juga kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Rakyat menjadi keliru dan resah akibat kenyataan pemimpin politik yang bercanggah di antara satu sama lain, tersalah titik perpuluhan dan tersalah tatabahasa.

Raja-Raja Melayu juga telah mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan tegas mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama negara dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan Raja-Raja Melayu yang mengatasi politik menjadi tonggak kepada kestabilan negara dan dalam memelihara hak rakyat.

Related Articles:

  1. Hayati Pengorbanan Raja-Raja Melayu Dalam Menyambut Hari Kebangsaan
  2. Apakah Maksud Kemerdekaan?
  3. Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia
  4. Ideologi Komunis dan Kekeliruan yang Nyata
  5. Kebenaran Di Sebalik Sejarah Penubuhan Persekutuan Malaysia
  6. A Kadir Jasin and the Raja-Raja Melayu