Adib Meninggal Dunia

Innalillahiwainnailaihiraajiun…

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pagi esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.

Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beramal soleh.

Al-Fatihah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Kenapa Nurul Izzah Letak Jawatan?

(Utusan Online) KUALA LUMPUR 17 Dis. – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang hari ini.

Memetik laporan portal Malaysiakini, beliau berkata, keputusan tersebut sepatutnya dibuat lebih awal namun mengakui ia sesuatu yang sukar buat dirinya.

“Satu-satunya kekesalan saya ialah pengumuman ini sepatutnya dibuat lebih awal, tetapi ia bukan mudah.

“Perkembangan politik berlaku dengan pantas sejak sembilan bulan terakhir ini dengan pemilihan parti menyusul selepas kempen pilihan raya umum yang melelahkan,” katanya seperti dipetik portal tersebut.