Ayuh Gantikan “Netizen” Dengan “Wargamaya”

Ayuh, mulai sekarang kita gunakan perkataan bahasa Melayu “wargamaya” sebagai ganti kepada perkataan Inggeris “netizen” di dalam penulisan bahasa Melayu.

Di dalam penulisan santai, ada kalanya kita mencampur adukkan perkataan Inggeris ke dalam penulisan bahasa Melayu. Mungkin apa yang disebut sebagai ‘bahasa rojak’ ini kini diterima di dalam konteks penulisan tidak rasmi, namun tidak boleh dinafikan bahawa ianya boleh mncacatkan keindahan bahasa kita.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan identiti negara; di mana bahasa menggambarkan imej bangsa kita dan bahasa Melayulah yang menyatukan kita semua. Memartabatkan bahasa kebangsaan bukanlah terhad kepada bulan Oktober sahaja, iaitu bulan Bahasa Kebangsaan Malaysia namun sebagai rakyat Malaysia yang patriotik kita mesti pada setiap masa cuba sedaya upaya untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Tidak salah untuk kita mengguna dan mempelajari bahasa asing, tetapi kita mesti ingat bahawa kita perlu selalu membawa imej jati diri negara bangsa kita.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

4 thoughts on “Ayuh Gantikan “Netizen” Dengan “Wargamaya””

  1. gerakan yang positif, perlu kita dukung ya kak agar bisa jadi bahasa yang nasional dan lebih baik 🙂

    ijin follow blog sobat untuk mengikuti update post terbaru di blog sobat, semoga sobat tidak keberatan untuk bersahabat dengan saya 🙂

    Like

    1. Dear Zunif,
      Di Malaysia kami ada badan khas yang menyelaras penggunaan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP). Perkataan atau istilah yang diterima pakai secara rasmi mestilah didafterkan dan diterima oleh DBP. Warganet dan netizen tidak disenaraikan oleh DBP sebagai istilah bahasa Melayu di Malaysia. Dalam mereka perkataan baharu sebagai terjemahan kepada “netizen”, saya merasakan wargamaya sangat sesuai; iaitu gabungan dua perkataan Melayu.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.