Najib Akan Sumpah Laknat di Kg. Baru Jumaat Ini

“Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri. Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas solat Jumaat minggu ini.”

Sila tonton video penuh lafaz sumpah:
Kes Altantuya: Video Sumpah Laknat DS Najib Razak Di Masjid Kampung Baru

[Malaysiakini}- Bekas perdana menteri Najib Razak menyatakan hasratnya untuk melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan dalam akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri.

“Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.

“Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas solat Jumaat minggu ini,” katanya di Twitter hari ini.

Dalam SD yang menggemparkan itu, Azilah menceritakan secara panjang lebar berkenaan apa yang menurutnya sebagai “kebenaran” tentang pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dia antara lain mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya diberi secara langsung oleh Najib – dengan lisan – yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, di kediamannya di Pekan, Pahang, pada 2006.

Dia juga mendakwa Najib dan Abdul Razak Baginda meyakinkannya bahawa Altantuya merupakan perisik asing yang mengancam keselamatan negara.

Najib dalam respons segeranya pada 16 Disember lalu menyifatkan dakwaan itu sebagai “semata-mata rekaan”.

SD itu merupakan dokumen sokongan bagi permohonan Azilah untuk menyemak semula keputusan yang mensabitkannya atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu, yang menyebabkannya dijatuhkan hukuman mati.

Permohonan itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 20 April depan.

Pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Azilah dan seorang lagi tertuduh, Sirul Azhar Umar, daripada pendakwaan.

Razak Baginda pula pada mulanya dibicarakan atas tuduhan subahat dibebaskan daripada tuduhan itu.

Keputusan untuk tidak membuat rayuan terhadap pembebasan itu, serta proses perbicaraan yang tidak menyatakan motif pembunuhan serta kegagalan pendakwaan memanggil bekas ketua pengiring Najib – yang didakwa Azilah sebagai memainkan peranan penting – sebagai saksi menimbulkan spekulasi terdapat cubaan untuk menutup kes.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.