Relevankah SD Baharu Setelah Titah Tuanku?

[Berita Harian}- Sebarang dokumen sokongan akuan bersumpah (SD) yang dikeluarkan selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan tidak boleh mengubah keputusan asal baginda.

Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata dalam perkiraan ini, baginda sudah mengambil masa yang sesuai untuk membuat keputusan.

“SD baharu tidak boleh memansuhkan keputusan Tuanku. Sekiranya mereka tidak puas hati buat undi tak percaya selepas parlimen bersidang,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau ditanya mengenai keputusan PH malam ini yang mendakwa mereka sudah berjaya memperoleh SD daripada 114 Ahli Parlimen menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam kenyataan dikeluarkan Istana Negara pada jam 4.29 petang tadi, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dipetik sebagai berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan esok.

Ditanya sama ada baginda masih ada ruang untuk mempertimbang SD 114 Ahli Parlimen yang menyokong Dr Mahathir sebelum majlis angkat sumpah esok, Shamrahayu berkata, ia terserah kepada budi bicara baginda.

“Tapi (dalam keadaan ini) Tuanku sudah putuskan. Terserah kepada keputusan yang telah dibuat Tuanku,” katanya.

Sila rujuk: 114 SD Tidak Menjejas Status Tan Sri Muhyiddin – Rais Yatim (Video)

Kemenangan JDT ke atas Kedah Memberi Gambaran Kejayaan Perikatan Nasional?

Semalam, pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim telah menewaskan Skuad Lang Merah, Kedah, di perlawanan Piala Sumbangsih 2020 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Perlawanan tersebut disifatkan sebagai perlawanan yang bersejarah, kerana ia merupakan perlawanan pertama di stadium yang baharu dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj pada 22hb Februari yang lalu.

Menarik sekali, perlawanan ini berlaku semasa hangatnya “perlawanan” di antara dua calon Perdana Menteri ke-8, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berasal dari negeri Johor dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berasal dari negeri Kedah.

Kemenangan pasukan JDT disusuli pula oleh terpilihnya Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Ada persamaan menarik di antara kedua-dua kejadian ini:

  • JDT menentang Kedah di stadium baharu mereka setelah Perikatan Nasional berjaya mendapat “stadium” atau gelanggang pertama mereka selepas terbentuknya kerajaan Gabungan Baharu di Johor yang kini dipimpin oleh Dato’ Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar.
  • Pasukan JDT telah menewaskan Kedah di dalam perlawanan yang sengit manakala seorang pemimpin dari Johor, Tan Sri Muhyiddin telah menang menentang pemimpin dari Kedah, Tun Dr Mahathir dalam perlawanan yang amat sengit.

Menariknya susunan kejadian yang diatur oleh Allah S.W.T..

TERKINI – Reaksi Muhyiddin Sejurus Diumum PM ke-8

Alhamdulillah…

RASMI – Muhyiddin Perdana Menteri ke-8

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin telahpun diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-8, bagi menggantikan Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah berkhidmat selama kurang seminggu.

Perkara ini telah diumumkan oleh pihak Istana Negara sebentar tadi, setelah beliau telah dapat meraih sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Ini menandakan akhirnya kemelut Perdana Menteri ke-8.

Ini juga bermakna kerajaan telahpun berubah tangan ke pihak Perikatan Nasional.

Kemelut PPBM: Kuasa Di Tangan Siapa? Ini Jawapan Muhyiddin

[MalaysiaGazette}- Berhubung kenyataan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang mempunyai kuasa mutlak terhadap tindak tanduk dan arah parti itu – ini penjelasan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu berkata, Dr Mahathir telah melepaskan jawatan Pengerusi parti itu pada 24 Februari lalu.

Sehubungan itu, mengikut Fasal 16.9, Perlembagaan Bersatu, jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu.

Muhyiddin berkata, Bersatu belum mengadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu, lantas selaku Presiden beliau memangku jawatan itu sehingga pemilihan diadakan kelak.

SAH – Pakatan Harapan Calonkan Tun Mahathir Sebagai PM8

Pakatan Harapan telahpun menukar pandangan semula, dengan menyatakan sokongan mereka terhadap Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh pihak Pakatan Harapan sendiri melalui sebuah kenyataan akhbar, dan juga telah disahkan di dalam sebuah kenyataan oleh Tun Mahathir sendiri.

Kenyataan Media Pakatan Harapan

Kenyataan Tun Dr. Mahathir

TERKINI – Tommy Thomas Letak Jawatan

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas meletak jawatan susulan isu perlantikan Perdana Menteri baharu.

Memetik laporan Harian Metro, Tommy dikatakan menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik beliau menjawat jawatan itu selama dua tahun.

Difahamkan, kontraknya itu dijangka tamat pada Jun ini.

Laporan itu memaklumkan sumber memberitahu Tommy mahu meletak jawatan ketika Mahathir masih memegang jawatan Perdana Menteri memandangkan dilantik ketika pemerintahannya.

RASMI – Muafakat Nasional Setuju Calonkan Muhyiddin Sebagai PM ke-8

Berita berkaitan: BN Sepakat Dalam Keputusan

No photo description available.

Rencana berkaitan:

BN Sepakat Dalam Keputusan

Tangkap layar di atas diambil daripada laman web rasmi UMNO Online, daripada sebuah artikel pendek yang baru disiarkan sebentar tadi.

Berita bergambar tersebut menunjukkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, sedang berbincang bersama beberapa ahli-ahli UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC.

Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan mengenai keputusan yang dikatakan telah disepakati oleh BN.

Agaknya apakah keputusan tersebut?

Rencana berkaitan:

Gambar Istiadat Angkat Sumpah Dato’ Hasni Sebagai MB Johor (2020)

Sila baca RASMI – Hasni Dilantik MB Johor

Gambar ihsan Istana Johor.

Rencana berkaitan: