SPRM Siasat Butiran Sulit Siasatan SPRM Bocor Ke Seorang Ahli Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan laporan FMT tentang perhubungan antara menteri dan peguam negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan yang membawa kepada badan anti-rasuah itu diarah menarik balik pembekuan akaun bank seorang taikun hartanah.

SPRM memandang serius isu pendedahan butiran sulit penyiasatan dan kemungkinan pengaruh ahli politik.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Ahmad Khusairi Yahaya berkata SPRM akan menyiasat bagaimana butir-butir sulit penyiasatan ke atas seorang taikun yang sedang disiasat berhubung transaksi kira-kira RM4 juta dana berkait 1MDB didedahkan kepada seorang ahli politik.

“Dan ahli politik terbabit telah menggunakan pengaruh beliau untuk membolehkan peguam negara ketika itu mengeluarkan arahan agar SPRM melepaskan keempat-empat akaun milik taikun berkenaan,” katanya kepada FMT.

FMT hari ini melaporkan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng pada 2019 meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik taikun berkenaan yang dibekukan bagi membantu siasatan ke atas kes pengubahan wang.

Menurut laporan itu, Lim pada tahun lepas meminta peguam negara ketika itu, Tommy Thomas untuk menarik balik pembekuan akaun bank milik taikun itu.

Thomas menjawab permintaan Lim 2 minggu kemudian, memaklumkan tentang butiran kes dan mengarahkan SPRM menarik balik pembekuan itu.

Arahan dikeluarkan walaupun SPRM, selepas mendapati sebuah akaun yang dikatakan menerima dana itu hanya berbaki RM76,000 ketika dibekukan, tidak dibenarkan merampas wang daripada 3 akaun lain untuk mencukupkan kurangan sebanyak RM3.9 juta, disebabkan ketiga-tiga akaun itu didapati tidak menerima transaksi meragukan.

Khusairi mengesahkan SPRM melepaskan akaun-akaun milik taikun berkenaan atas arahan peguam negara ketika itu.

“SPRM akan melihat isu kebocoran butir-butir sulit penyiasatan didedahkan kepada ahli politik untuk kepentingan pihak yang disiasat,” katanya. -{Free Malaysia Today]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Former Columnist at Utusan Online.

One thought on “SPRM Siasat Butiran Sulit Siasatan SPRM Bocor Ke Seorang Ahli Politik”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.