6 Individu Dihukum Mati, Bunuh Kevin Morais

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap enam tertuduh yang didapati bersalah membunuh mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya disimen dalam tong dram lima tahun lalu.

Keenam-enam tertuduh itu ialah pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28; AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah ketika membacakan penghakimannya berkata, kesemua tertuduh didapati mempunyai niat bersama-sama membunuh Kevin Morais pada September 2015.

Kata Azman, pendakwaan juga telah berjaya membuktikan kesemua tertuduh mempunyai niat bersama untuk melakukan pembunuhan ke atas Kevin Morais manakala pembelaan pula telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

“Kes ini juga dianggap penting kerana mendapat liputan meluas dan perhatian umum dari awal lagi. Saya telah meneliti  hujah peguam kepada enam tertuduh kes terbabit dan pihak pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

“Selain itu, semua eksibit juga telah diteliti termasuklah dokumen, CCTV, lokasi kejadian, saksi pendakwaan dan pembelaan secara bersumpah.

“Dengan ini, mahkamah mendapati keenam-enam tertuduh telah bersama-sama berniat membunuh mendiang Kevin Morais dan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Ketika keputusan itu diumumkan jelas kelihatan senyuman terpampang pada wajah abang mendiang, Datuk Richard Morais yang mengucap syukur serta kelihatan beremosi.

Mulutnya juga kelihatan seperti sedang bercakap sesuatu atau berdoa.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua mereka telah dituduh membunuh ketika mendiang dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, pada 4 September 2015.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sebelum ini kesemua suspek diarah membela diri pada 20 November 2017, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan dalam kes berkenaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin Saiful Edris Zainuddin dan Shafiq Mahadi.

Bagi pembelaan pula, peguam, Datuk N Sivananthan mewakili Dr Kunaseegaran manakala Datuk Sheelan Arjunan mewakili lima tertuduh lain.

Perbicaraan itu dianggap antara yang penting kerana membabitkan kes berprofil besar telah bermula sejak 6 April 2016 dengan mengemukakan 70 saksi pendakwaan sementara 14 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Keenam tertuduh didakwa telah melakukan perbuatan ini  ketika Kevin Morais idalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam September 2015.

Di awal kes iaitu pada 28 September 2015, tujuh tertuduh termasuk Kunaseegaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Kevis Morais.

Namun ketika itu tertuduh kedua, G Gunasekaran telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh mendiang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini.

Gunasekaran mengaku ketika perbicaraan dirinya telah menyembunyikan mayat dan melupuskan kereta Kevin Morais yang kemudiannya telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Selain daripada itu, seorang tukang jahit yang menjadi saksi ke-37 pendakwaan dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah memberi keterangan palsu di mahkamah ketika menjadi saksi pada 27 September 2016. –{MalaysiaGazette]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.