Persidangan Dewan Rakyat sebentar tadi menjadi hangat apabila pihak pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim lantang menolak usul untuk Tan Sri Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya.
Sila baca: Dewan Rakyat Setuju Jawatan Yang di-Pertua Dewan Dikosongkan
Namun keputusan undian memihak kepada pihak kerajaan.
Untuk rekod, pada bulan Julai 2018, kerajaan PH di bawah Tun Dr. Mahathir juga telah menggantikan Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya setelah mereka membentuk kerajaan.
Persidangan akan bersambung pada jam 2.30 petang nanti. Persoalannya, adakah pihak pembangkang akan membangkang usul untuk melantik Azhar Azizan @ Harun sebagai Yang di-Pertua Dewan?
Jika benar, apakah alasan yang akan mereka guna pakai ketika menentang usul tersebut?
Ini adalah kerana Tun Mahathir sendiri pernah melantik Azhar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, iaitu satu jawatan yang amat penting di dalam pentadbiran negara.
Maka pada dasarnya Tun Mahathir dan kabinet Pakatan Harapan percaya akan kredibiliti dan integriti Azhar Harun.
One thought on “PANAS: Apakah Keputusan Parlimen Dalam Perlantikan Art Harun?”