ADUN Slim River Meninggal Dunia

Allahyarham Dato’ Khusairi bin Abdul Talib

Ahli Dewan Undangan Negeri Slim River, YB Dato’ Khusairi bin Abdul Talib telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Bentong, Pahang, sebentar tadi.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ahli Parlimen Jelebu, YB Dato’ Jalaluddin Alias menerusi sebuah ciapan di laman Twitter beliau pada jam 4.46 petang tadi.

Menurut sumber, jenazah Allahyarham kini masih di hospital dan akan dibawa balik ke Tanjung Malim untuk dikebumikan.

Berita lanjut akan menyusul.