Guan Eng Akan Didakwa di Mahkamah Esok

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, akan dikenakan tiga pertuduhan di mahkamah, masing-masing pada esok, Isnin dan Selasa ini.

Hal itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui kenyataan media malam ini.

Terdahulu bekas Menteri Kewangan itu hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya sebentar tadi untuk memberi keterangan mengenai projek terowong bawah laut benrilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. 

Bercakap kepada Malaysiakini, Lim berkata,tidak ada sebab bagi SPRM memanggilnya pada waktu malam.

“Tidak ada sebab mengapa SPRM harus menghubungi saya pada waktu ini. Mereka boleh mengatur waktu lain dan saya bersedia menemui mereka,” katanya.

SPRM pula berkata mereka sudah mendapat izin daripada peguam negara untuk mendakwa Lim.

Esok, kata agensi antirasuah itu Lim akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di Jalan Duta mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dipanggil dua kali

Pada 10 Ogos pula bekas Lim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua pertuduhan itu adalah bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang,” kata SPRM.

Selain itu SPRM turut mendapat izin mendakwa daripada Lim di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 11 Ogos ini, juga mengikut seksyen 23 akta sama.

Menurut SPRM pertuduhan ketiga itu membabitkan kes berlainan. Bagaimanapun agensi terbabit tidak memberikan penjelasan lanjut.

Lim akan bermalam di ibu pejabat agensi antirasuah itu sebelum dibawa ke mahkamah pagi esok.

Sebelum ini SPRM memanggil Lim sebanyak dua kali masing-masing pada 22 dan 25 Julai lalu.

Selain Lim, SPRM juga menemu bual Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dan bekas exco negeri itu, Dr Afif Bahardin, bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut berkenaan.

SPRM turut menahan reman – selama empat hari – bekas ketua Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew pada 1 Julai lalu untuk membantu siasatan. -{Malaysiakini]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.