Tun Mahathir Umum Parti Baharu Untuk Jatuhkan Najib

Baca versi Jawi di sini.

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan penubuhan parti politik barunya, setelah dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hampir tiga bulan lepas.

Beliau yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan sedemikian di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur tadi, selepas khabar angin mengenai hal tersebut telah menghangatkan berita dan media sosial.

Parti tersebut belum mempunyai nama lagi, dan nama parti akan diumumkan dalam masa yang terdekat selepas merujuk ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), dan buat masa ini akan dipimpin oleh anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap PPBM yang telah lari daripada tujuan asal parti tersebut ditubuh, iaitu untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Razak, maka telah menubuhkan satu parti Melayu dan Pribumi yang baharu.

Walaupun begitu, Tun Mahathir berkata parti ini juga akan memperjuangkan hak bangsa lain, dan akan bersikap inklusif, tetapi ia tidak akan mengikut mana-mana gabungan politik sama ada Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan.

Parti baharu tersebut turut disertai bekas ahli-ahli PPBM termasuk bekas Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Setiausaha Agung PPBM, Datuk Marzuki Yahya.

Apabila ditanya apakah beliau akan menamakan parti tersebut, Tun Mahathir berkata beliau akan memilih satu nama yang berkaitan dengan negara.

Pada Isnin lalu, Tun Mahathir yang juga bekas Pengerusi PPBM berkata, jumlah parti politik yang terlalu banyak menyebabkan negara ini tidak stabil, dan membuat rakyat hilang haluan tidak tahu mahu ke mana.

Namun, menurut beliau, beliau tidak berniat untuk membentuk satu lagi parti Melayu kerana mahu memecahbelahkan orang, kerana sudah ada parti-parti lain seperti UMNO dan PAS, tetapi mahu membawa semangat dan perjuangan asal PPBM iaitu untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

4 thoughts on “Tun Mahathir Umum Parti Baharu Untuk Jatuhkan Najib”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.