SPRM Tahan 3 Penguatkuasa MBSA, Terima Bayaran ‘Jaga’ Premis Haram di Sg Buloh

Tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buloh.

Menurut sumber,  ketiga-tiga penguat kuasa MBSA itu ditahan dalam operasi hari ini.

Mereka berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika dipanggil memberi keterangan.

Dua daripada penguat kuasa itu dari Cawangan MBSA Sungai Buloh manakala seorang daripada MBSA Shah Alam.

SPRM juga difahamkan turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang ditularkan dalam satu video baru-baru ini kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen bagi tindakan lanjut.

Menurut sumber itu, peniaga berkenaan telah beroperasi sejak tahun 2019 dan dikatakan menbayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa MBSA bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Tangkapan itu susulan pendedahan yang tular dalam dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis-premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan haram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di Sungai Buloh.

Tambah sumber lagi, penguat kuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

Ini termasuk premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di tempat-tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

Difahamkan, ada juga dalam kalangan penguat kuasa terbabit berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan sehingga menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak ianya kutipan rasuah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan itu.

Justeru beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah di kalangan penguatkuasa untuk tampil memberikan kerjasama. Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Kesemua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman dibawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, katanya. –{MalaysiaGazette]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.