4 Suspek Ditangkap Kerana Pasang Bendera Malaysia dan Johor Terbalik

Empat suspek ditangkap dipercayai terlibat dalam memasang Jalur Gemilang serta bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang di kawasan perindustrian Tebrau di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan itu dibuat hasil pemeriksaan sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Dato Onn di kilang tersebut yang mendapati bendera negeri Johor dan Jalur Gemilang telah dipasang secara terbalik.

Katanya, pihak polis kemudian menahan empat suspek iaitu masing-masing dua lelaki dan dua wanita. Salah seorang suspek lelaki merupakan warga Bangladesh.

Sila baca: Maksud Tersurat dan Tersirat Di Sebalik Jalur Gemilang Yang Harus Kita Fahami

“Hasil siasatan mendapati kilang ini telah menjalankan perusahaan perabot selama lapan tahun di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ayob Khan, dalam pemeriksaan tersebut, polis juga telah merampas sehelai bendera Malaysia dan sehelai bendera negeri Johor.

Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sila baca: Why Was the Johor Flag Flown Upside Down at the Desaru Tunamaya?

Selain itu, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebih RM100.

“Polis Johor menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

Sila baca: Mistakes In Designs Of Vertical Flags Of Johor

“Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih terkesan perbuatan sebegini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 07-2254074. –{MalaysiaGazette]

Sila baca: Apa Tersirat Di Sebalik Bendera Bintang Pecah Lima?


Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

One thought on “4 Suspek Ditangkap Kerana Pasang Bendera Malaysia dan Johor Terbalik”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.