Tanah Runtuh: 11 Penghuni Pangsapuri Berdepan Detik Cemas

Sebelas penghuni di sebuah pangsapuri tiga tingkat di Persiaran Syed Putra di sini, berdepan detik cemas apabila tebing tanah berhampiran kediaman mereka runtuh akibat hujan lebat, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 malam dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Sejurus menerima panggilan, bomba mengerahkan 17 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Seputeh untuk melihat kejadian tebing runtuh itu. “Setibanya di lokasi kejadian, terdapat hakisan tanah tebing menyebabkan bahagian bawah bangunan pangsapuri itu yang mempunyai keseluruhan enam unit rumah terjejas akibat hakisan tanah,” katanya ketika dihubungi.

Ekoran itu, beliau berkata kesemua 11 penghuni rumah terlibat dinasihatkan keluar atas faktor keselamatan selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat penilaian bahawa kediaman berkenaan tidak selamat diduduki buat sementara.

Jurucakap bomba itu berkata pemeriksaan di sekitar lokasi mendapati sebuah rumah kongsi dibina di atas tebing bukit itu yang didiami tujuh penghuni terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita dewasa warga asing.

“Mereka (penghuni warga asing) juga diarahkan keluar dan kes ini diserahkan kepada DBKL untuk tindakan selanjutnya,” katanya dan menambah operasi itu tamat kira-kira 11.45 malam. —{BERNAMA]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.