Malaysia Berada Pada Peringkat Awal Gelombang Ketiga

Gelombang ketiga pandemik Covid-19 di negara ini bermula susulan peningkatan kes baharu yang mendadak kebelakangan ini.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berada pada peringkat awal gelombang ketiga.

“Melihat istilah gelombang, biasanya ia digunakan untuk virus bermusim, namun Covid-19 tidak tetap, ada tanpa mengira musim dan sekarang ini (Malaysia) dalam peringkat permulaan gelombang ketiga,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya, di sini hari ini.

Menurutnya, bagi membendung peningkatan tersebut, tindakan semua pihak amat penting.

“Prosedur operasi standard (SOP) telah disiapkan untuk semua sektor,” katanya.

Beliau berkata, persiapan dan kesiapsiagaan bagi menghadapi gelombang ketiga adalah berada di tahap tertinggi berbanding peringkat awal.

“Kita lebih bersedia dengan kelengkapan seperti pakaian pelindungan diri (PPE) dan ventilator,” katanya.

Beliau berkata, negara masih berada dalam peringkat pemulihan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kita belum kembali kepada keadaan biasa, jadi kita perlu pastikan menjadi tanggungjawab bersama untuk patuhi SOP,” katanya.

Menyentuh mengenai unjuran, beliau berkata, ia bergantung kepada tindakan semua pihak.

“Kalau kita sama-sama dapat melaksanakan tindakan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, KKM juga akan mengambil tindakan melindungi rumah jagaan warga emas, lokap tahanan dan penjara.

“Kita akan pastikan mereka yang baru dimasukkan akan diasingkan terlebih dahulu untuk tempoh 14 hari,” katanya.-{Sinar Harian]

Diari Remaja @ Utusan Malaysia: Permainan Tradisional Jangan Dilupakan

Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Permainan Tradisional Jangan Dilupakan” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit di akhbar Utusan Malaysia.

Tulisan tersebut boleh dibaca di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, dan insya-Allah saya akan terus menulis di akhbar Utusan Malaysia bagi hari-hari Sabtu yang akan datang.