Dato’ Paimuzi, KP Jakim Meninggal Dunia

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dato’ Paimuzi bin Yahya, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh jam 1 tengah hari tadi akibat komplikasi jantung.

Berita itu disahkan pihak JAKIM menerusi laman Facebook rasminya.

“Jenazah akan dibawa pulang ke rumah beliau di Kuang, Selangor, untuk urusan pengebumian petang ini,” katanya.


کتوا ڤڠاره جباتن کماجون إسلام مليسيا ﴿جاکيم﴾ داتوق فيموزي بن يحيى⹁ منيڠݢل دونيا دهوسڤيتل سوڠاي بولوه جم 1 تڠه هاري تادي عکيبت کوڤليکاسي جنتوڠ.

بريتا ايت دصحکن ڤيهق جاکيم منروسي لامن فيسبوک رسميڽ.

“جنازه اکن دباوا ڤولڠ کرومه بلياو دکواڠ⹁ سلاڠور⹁ اونتوق اوروسن ڤڠبوميان ڤتڠ اين⹁” کاتڽ.


سموݢ ﷲ سبحانه وتعالى منچوچوري رحمتڽ کأتس روح ﷲ يرحم.

الفاتحة