امنو ڤرتيمبڠ کلوار ڤريکاتن ناسيونل

Baca versi Rumi di sini.

امنو ممڤرتيمبڠکن اونتوق مناريق ديدي درڤد ڤريکاتن ناسيونل دان منتڤکن شارت باهرو کڤد کراجاءن دالم منروسکن کرجاسام ڤوليتيک.

منوروت لاڤورن اخبر مليسياکيني⹁ ڤرتي ايت ممبري شارت بارو کڤد کراجاءن ڤريکاتن ناسيونل باݢي منروسکن کرجاسام ڤوليتيک سچارا برتوليس اونتوق دلقسانکن سچڤت موڠکين.

ڤرکارا ايت دمعلومکن اوليه ستياءوسها اݢوڠ امنو⹁ داتوء سري احمد بن مذلن دالم سيدڠ ميديا يڠ دأداکن سلڤس مشوارت بيرو ڤوليتيک مجليس ترتيڠݢي ڤرتي ايت يڠ دأداکن دڤوست داݢڠن دونيا ڤوترا سبنتر تادي.

سيلا باچ: دسباليق کملت ڤوليتيک⹁ راماي ݢسا کو لي دلانتيق جادي ڤردان منتري

بلياو برکات⹁ امنو توروت اکن منچادڠکن کڤد جاوتنکواس ڤماندو موافقت ناسيونل سوڤاي ݢابوڠن ايت سݢرا ددافترکن سباݢاي ݢابوڠن ڤوليتيک يڠ صح.

اهلي ڤرليمن ڤونتيان ترسبوت توروت منݢسکن باهوا امنو اکن تروس برجواڠ دمي کڤنتيڠن رعيت باݢي ممستيکن سيتواسي کوۏيد-19 داڤت دتاڠني دمي کسجهتراءن تانه اءير.

“امنو برڤاندڠن باهوا کستابيلن ڤوليتيک ساڠت ڤنتيڠ دان ڤرتومبوهن ايکونومي مستي دتيڠکتکن. سبارڠ کڤوتوسن يڠ امنو لاکوکن اداله اونتوق منفعة رعيت⹁ اݢام⹁ بڠسا دان نݢارا.”

UMNO Pertimbang Keluar PN

Baca versi Jawi di sini.

UMNO mempertimbangkan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) dan menetapkan syarat baharu kepada kerajaan dalam meneruskan kerjasama politik.

Menurut laporan akhbar Malaysiakini, parti itu memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat biro politik Majlis tertinggi parti itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Sila baca: Di Sebalik Kemelut Politik, Ramai Gesa Ku Li Dilantik Jadi PM

Beliau berkata, UMNO turut akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) supaya gabungan itu segera didaftarkan sebagai gabungan politik yang sah.

Ahli Parlimen Pontian tersebut turut menegaskan bahawa UMNO akan terus berjuang demi kepentingan rakyat bagi memastikan situasi Covid-19 dapat ditangani demi kesejahteraan tanah air.

“UMNO berpandangan bahawa kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan. Sebarang keputusan yang UMNO lakukan adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan negara.”

Datuk Seri Ahmad bin Maslan – 13 Oktober 2020

Berjayakah Anwar Ke Putrajaya?

Penyokong Anwar Ibrahim sudah yakin bahawa beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.

Pada sidang akhbar di Hotel Le Meridien petang tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendakwa kerajaan Muhyiddin telah jatuh dan beliau sudah memperolehi sokongan majoriti.

Sila baca: Anwar: Muhyiddin Hilang Majoriti, Saya Beranggapan Kerajaan Telah Jatuh (Video)

Namun, kenyataan daripada Istana Negara pula mengatakan bahawa Anwar tidak membawa apa-apa bukti bagi mengukuhkan dakwaan beliau, dan tidak mengemukakan senarai Ahli Dewan Rakyat seperti didakwa beliau ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sila baca: Istana Negara: Dakwaan Anwar Tidak Kukuh, Senarai Nama Tidak Dikemukakan

Menariknya juga, tidak kelihatan pemimpin daripada parti-parti DAP dan PAN bersama-sama Anwar pada sidang akhbar itu.

Sambil orang ramai sibuk memerhati sidang akhbar tersebut, timbul pula berita yang lebih menggemparkan apabila Tengku Razaleigh Hamzah dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sila baca: SAH – Tengku Razaleigh Hamzah Mengadap Tuanku YDPA Sebentar Tadi

Peristiwa ini menjadikan suasana lebih hangat dan menimbulkan pelbagai persoalan baharu.

Berbagai ramalan telah dibuat tentang perkara ini, namun setakat ini kita hanya boleh membuat andaian kerana tiada kenyataan rasmi yang dibuat tentang perkara ini.

Sila baca: Di Sebalik Kemelut Politik, Ramai Gesa Ku Li Dilantik Jadi PM

Seperti biasa, Tengku Razaleigh Hamzah amat cermat dalam memperkatakan tentang sesuatu perkara.

Jadi, apakah sebenarnya yang telah terjadi dan apakah yang bakal berlaku dalam jangka masa yang terdekat ini?

Sila baca: Lucut Atau Tidak Kuasa Pemerintahan Ditentukan Dewan Rakyat – Ku Li

Pihak Istana Negara telah menegaskan bahawa Anwar Ibrahim harus akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hak melantik Perdana Menteri adalah hak Yang di-Pertuan Agong.

Sila baca: Kuasa Eksekutif Agong Yang Kurang Diketahui

Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri menurut budi bicara baginda.  

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) melantik seorang Perdana Menteri;

Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia

صح – تڠکو غزالي حمزه مڠادڤ توانکو يڠ دڤرتوان اݢوڠ سبنتر تادي

Baca versi Rumi di sini.

اهلي ڤرليمن ݢوا موسڠ⹁ تڠکو غزالي حمزه تله سلساي مڠادڤ يڠ دڤرتوان اݢوڠ داستان نݢارا سبنتر تادي.

بلياو دليهت منيڠݢلکن ڤکارڠن استان نݢارا ڤد جم 2.42 ڤتڠ تادي.

ستاکت اين⹁بلوم اد اڤ٢ کڽاتاءن رسمي مڠناءي ڤرجومڤاءن ترسبوت.

سيلا باچ: دسباليق کملت ڤوليتيک⹁ راماي ݢسا کو لي دلانتيق جادي ڤردان منتري

کريت ميليق تڠکو غزالي حمزه دليهت منيڠݢلکن ڤينتو ڤاݢرر استان نݢارا ڤد جم 2.42 ڤتڠ تادي. ݢمبر: افيق حنبل/مليسيا ݢيزيت

ترداهولو⹁ ترداڤت خبر اڠين باهوا تڠکو غزالي دڤڠݢيل مڠادڤ يڠ دڤرتوان اݢوڠ.

SAH – Tengku Razaleigh Hamzah Mengadap Tuanku YDPA Sebentar Tadi

Baca versi Jawi di sini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi.

Beliau dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara pada jam 2.42 petang tadi.

Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan rasmi mengenai perjumpaan tersebut.

Sila baca: Di Sebalik Kemelut Politik, Ramai Gesa Ku Li Dilantik Jadi PM

Kereta milik Tengku Razaleigh Hamzah dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 2.42 petang tadi. Gambar: Afiq Hambali/Malaysia Gazette

Terdahulu, terdapat khabar angin bahawa Tengku Razaleigh dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sila baca: Ku Li Dijangka Mengadap Agong Petang Ini: Akhbar

ترکيني – استان نݢارا: دعواءن انوار تيدق کوکوه⹁ سناراي نام تيدق دکموککن

استان نݢارا هاري اين مڠلوارکن ساتو کڽاتاءن رسمي مڠناءي ڤرکمباڠن ترکيني برکناءن سيتواسي ڤوليتيک ترکيني⹁ تراوتامڽ برکناءن انوار ابراهيم يڠ مڠادڤ يڠ دڤرتوان اݢوڠ سبنتر تادي.

منوروت داتوء ڤڠلولا بيجاي دراج⹁ داتوء ايندرا احمد فضيل شامس الدين⹁ انوار تيدق مڠموککن سناراي نام اهلي٢ ديوان رعيت اونتوق مڠوکوهکن دعواءن بلياو باهوا بلياو ممڤوڽاءي سوکوڠن ماجوريتي اهلي ديوان رعيت.

باچ کڽاتاءن ڤنوه دباوه.

Istana Negara: Dakwaan Anwar Tidak Kukuh, Senarai Nama Tidak Dikemukakan

Istana Negara hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkembangan terkini berkenaan situasi politik terkini, terutamanya berkenaan Anwar Ibrahim yang mengadap Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan beliau bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Baca kenyataan penuh di bawah.

Anwar: Muhyiddin Hilang Majoriti, Saya Beranggapan Kerajaan Telah Jatuh (Video)

Baca laporan terkini: Istana Negara: Dakwaan Anwar Tidak Kukuh, Senarai Nama Tidak Dikemukakan

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Dewan Rakyat, dan sudah bersedia untuk menubuh kerajaan baharu.

Dalam satu sidang media khas di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur tadi, beliau mendakwa bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti, dan beranggap bahawa kerajaan beliau telahpun jatuh ke tangannya.

Sila baca: Akan Berakhirkah Penantian Anwar Ibrahim?

Beliau telah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi, dan menurutnya telah mempersembahkan dokumen-dokumen berkenaan dengan dakwaan beliau kepada Al-Sultan Abdullah.

Ini adalah kali kedua Anwar mendakwa kerajaan Muhyiddin telah jatuh, setelah sekali lagi mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Parlimen.

Sila baca: Lucut Atau Tidak Kuasa Pemerintahan Ditentukan Dewan Rakyat – Ku Li

Anwar seterusnya mendakwa bahawa lebih daripada 12o orang ahli Dewan Rakyat kini menyokong beliau.

Katanya lagi, seterusnya Yang di-Pertuan Agong akan panggil mengadap ketua-ketua parti untuk pengesahan dan beliau menjangka baginda akan membuat keputusan dalam beberapa hari lagi.

Terdahulu, Anwar Ibrahim telah dipanggil oleh polis atas laporan mengenai dakwaan beliau yang mengatakan bahawa beliau telah mempunyai sokongan 121 Ahli Dewan Rakyat.

Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan telah menafikan bahawa mereka menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sila baca: Polis Panggil Anwar Atas Senarai Didakwa Sokongan 121 Ahli Parlimen

انوار: محى الدين هيلڠ ماجوريتي⹁ ساي براڠݢاڤن کراجاءن تله جاتوه – ۏيديو

داتوء سري انوار ابراهيم مندعوا باهوا بلياو ممڤوڽاءي سوکوڠن لبيه 120 اهلي ديوان رعيت⹁ دان سوده برسديا اونتوق منوبوه کراجاءن باهرو.

دالم ساتو سيدڠ ميديا خص دهوتيل لى ميريديئن⹁ کوالا لومڤور تادي⹁ بلياو مندعوا باهوا تن سري محى الدين ياسين تله هيلڠ ماجوريتي⹁ دان براڠݢڤ باهوا کراجاءن بلياو تلهڤون جاتوه کتاڠنڽ.

بلياو تله مڠادڤ يڠ دڤرتوان اݢوڠ داستان نݢارا ڤد جم 11 ڤاݢي تادي⹁ دان منوروتڽ تله ممڤرسمبهکن دوکومن٢ برکناءن دڠن دعواءن بلياو کڤد السلطان عبد ﷲ.

اين اداله کالي کدوا انوار مندعوا کراجاءن محى الدين تله جاتوه ستله سکالي لاݢي مندعوا باهوا بلياو ممڤوڽاءي سوکوڠن ماجوريتي ڤرليمن.

انوار ستروسڽ مندعوا باهوا لبيه درڤد 120 اورڠ اهلي ديوان رعيت کيني مڽوکوڠ بلياو.

کاتڽ لاݢي⹁ ستروسڽ يڠ دڤرتوان اݢوڠ اکن ڤڠݢيل مڠادڤ کتوا٢ ڤرتي اونتوق ڤڠصحن دان بلياو منجاڠک بݢيندا اکن ممبوات کڤوتوسن دالم ببراڤ هاري لاݢي.

ترداهولو⹁ انوار ابراهيم تله دڤڠݢيل اوليه ڤوليس اتس لاڤورن مڠناءي دعواءن بلياو يڠ مڠاتکن باهوا بلياو تله ممڤوڽاءي سوکوڠن 121 اهلي ديوان رعيت.

اهلي٢ ڤرليمن داري ڤيهق کراجاءن تله منافيکن باهوا مريک مڽوکوڠ انوار سباݢاي ڤردان منتري.

Ku Li Dijangka Mengadap Agong Petang Ini: Akhbar

Baca laporan terkini mengenai sidang akhbar Anwar Ibrahim di sini.

Dipetik dari laporan Free Malaysia Today[1].


Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 2 petang ini, kata sumber.

Sumber itu berkata, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, akan ditemani beberapa ahli Parlimen Umno yang bersekutu dengannya.

Sila baca: Anwar Keluar Dari Istana, Tidak Memberi Apa-apa Komen

Mereka berkata, ketika menghadap Sultan Abdullah, ahli Parlimen Umno itu dijangka sama ada menyuarakan sokongan mereka atau menolak ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang berhasrat menjadi perdana menteri baru.

Tengku Razaleigh, 83, bekas menteri kewangan, ialah ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Malaysia dan dilihat sebagai negarawan berpengaruh dan lebih tua yang dihormati rakan seangkatan.

Sila baca: Di Sebalik Kemelut Politik, Ramai Gesa Ku Li Dilantik Jadi PM

Terdahulu, Anwar menghadap Sultan Abdullah selama sejam hari ini.

Ketua pembangkang itu yang tiba kira-kira 10.25 pagi, meninggalkan Istana Negara pada 11.30 pagi sambil diiringi laungan “Reformasi” penyokong yang berkumpul berdekatan pagar istana, tanpa bercakap kepada media.

Sila baca: Akan Berakhirkah Penantian Anwar Ibrahim?

Pada 23 Sept lalu, Anwar mendakwa mempunyai “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru, majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sokongan yang diperolehi, sebaliknya hanya memaklumkan jumlah itu akan didedahkan setelah beliau mengadap Agong.

Sila baca: Polis Panggil Anwar Atas Senarai Didakwa Sokongan 121 Ahli Parlimen

Beberapa parti dalam kerajaan Perikatan Nasional menafikan memberi sokongan kepada Anwar, tetapi Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengakui ramai ahli Parlimen parti itu menyokong ahli Parlimen Port Dickson itu.