انوار کلوار دري استان نݢارا⹁ تيدق ممبري اڤ٢ کومين

Baca versi Rumi di sini.

انوار ابراهيم بارو سهاج منيڠݢلکن ڤکارڠن استان نݢارا سبنتر تدي⹁ نامون بلياو تيدق ممبري اڤ٢ کومين کتيک دتاڽ اوليه وارتاون يڠ منوڠݢو دلوار.

ڤيهق ڤوليس توروت ممينت ڤارا ڤتوݢس ميديا برايدر سݢرا⹁ ستله اهلي ڤرليمن ڤوت ديکسن ترسبوت کلوار دري ڤينتو ڤاݢر استان جم 11.28 ڤاݢي تدي.

ترداهولو⹁انوار تله کاستان ڤد جم 10.25 ڤاݢي تدي⹁ سلڤس مڠعمومکن باهوا بلياو منداڤتي سوکوڠن ماجوريتي اهلي ڤرليمن دان بوليه منوبوهکن ساتو کراجاءن باهرو.

نامون⹁ داتوء ڤڠلولا بيجاي دراج⹁ داتوء ايندرا احمد فضيل شامس الدين برکات⹁ اݢيندا ڤرتموان ايت بوکن اونتوق ممڤرسمبهکن جومله سوکوڠنيڠ دتريما اهلي ڤرليمن ايت.

“ڤرتموان ايت اداله سيسي مڠادڤ يڠ دڤرتوان اݢوڠ اوليه انوار يڠ مندعوا ديريڽ کتوا ڤمباڠکڠ يڠ ترتڠݢوه سبلوم اين. بلياو يڠ مموهون مڠادڤ بݢيندا.

تياد کن مڠن دڠن ممڤرسمبهکن سوکوڠن اهليڤرليمن⹁ تتاڤي جيک بلياو ايڠين ممڤرسمبهکن جوݢ سوکوڠن ﴿اهلي ڤرليمن﴾ بوليه سرهکن.”

داتوء ايندرا احمد فضيل شامس الدين – کوسمو! اونلاين

ترداهولو⹁ انوار ابراهيم تله دڤاڠݢيل اوليه ڤوليس اتس لاڤورن مڠناءي دعواءن بلياو يڠ مڠاتکن باهوا بلياو تله ممڤوڽاءي سوکوڠن 121 اهلي ديوان رعيت.

اهلي٢ ڤرليمن در ڤيهق کراجاءن تله منافيکن باهوا مريک مڽوکوڠ انوار سباݢاي ڤردان منتري.

Anwar Keluar Dari Istana, Tidak Memberi Apa-apa Komen

Baca laporan terkini: Istana Negara: Dakwaan Anwar Tidak Kukuh, Senarai Nama Tidak Dikemukakan

Baca versi Jawi di sini.

Anwar Ibrahim baru sahaja meninggalkan pekarangan Istana Negara sebentar tadi, namun beliau tidak memberi apa-apa komen ketika ditanya oleh wartawan yang menunggu di luar.

Pihak polis turut meminta para petugas media beredar segera, setelah Ahli Parlimen Port Dickson tersebut keluar dari pintu pagar Istana jam 11.28 pagi tadi.

Sila baca: Akan Berakhirkah Penantian Anwar Ibrahim?

Terdahulu, Anwar telah ke Istana pada jam 10.25 pagi tadi, selepas mengumumkan bahawa beliau mendapati sokongan majoriti Ahli Parlimen dan boleh menubuhkan satu kerajaan baharu.

Sila baca: Ku Li Dijangka Mengadap Agong Petang Ini: Akhbar

Namun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, agenda pertemuan itu bukan untuk mempersembahkan jumlah sokongan yang diterima ahli parlimen itu.

“Pertemuan itu adalah sesi menghadap Yang di-Pertuan A­gong oleh Anwar yang mendakwa dirinya Ketua Pembangkang yang tertangguh sebelum ini. Beliau yang memohon menghadap baginda.

“Tiada kena mengena dengan mempersembahkan sokongan Ahli Parlimen, tetapi jika beliau ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan.”

Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin – Kosmo! Online

Terdahulu, Anwar Ibrahim telah dipanggil oleh polis atas laporan mengenai dakwaan beliau yang mengatakan bahawa beliau telah mempunyai sokongan 121 Ahli Dewan Rakyat.

Sila baca: Polis Panggil Anwar Atas Senarai Didakwa Sokongan 121 Ahli Parlimen

Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan telah menafikan bahawa mereka menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Anwar Telah Tiba di Istana Negara, Akan Mengadap Jam 11

Baca laporan terkini: Anwar Keluar Dari Istana, Tidak Memberi Apa-apa Komen

Presiden PKR, Anwar Ibrahim dijangka akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada jam 11 pagi nanti, setelah tiba di pekarangan Istana Negara kira-kira jam 10.25 pagi tadi.

Sebelum ini, Anwar telah mengumumkan bahawa beliau akan ke Istana pada hari ini, selepas mengumumkan bahawa beliau mendapati sokongan majoriti Ahli Parlimen dan boleh menubuhkan satu kerajaan baharu.

Sila baca: Akan Berakhirkah Penantian Anwar Ibrahim?

Terdahulu, Anwar Ibrahim telah dipanggil oleh polis atas laporan mengenai dakwaan beliau yang mengatakan bahawa beliau telah mempunyai sokongan 121 Ahli Dewan Rakyat.

Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan telah menafikan bahawa mereka menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sila baca: Polis Panggil Anwar Atas Senarai Didakwa Sokongan 121 Ahli Parlimen