UMNO mempertimbangkan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) dan menetapkan syarat baharu kepada kerajaan dalam meneruskan kerjasama politik.
Menurut laporan akhbar Malaysiakini, parti itu memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat biro politik Majlis tertinggi parti itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.
Sila baca: Di Sebalik Kemelut Politik, Ramai Gesa Ku Li Dilantik Jadi PM
Beliau berkata, UMNO turut akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) supaya gabungan itu segera didaftarkan sebagai gabungan politik yang sah.
Ahli Parlimen Pontian tersebut turut menegaskan bahawa UMNO akan terus berjuang demi kepentingan rakyat bagi memastikan situasi Covid-19 dapat ditangani demi kesejahteraan tanah air.
“UMNO berpandangan bahawa kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan. Sebarang keputusan yang UMNO lakukan adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan negara.”
Datuk Seri Ahmad bin Maslan – 13 Oktober 2020

Rencana berkaitan:
- Berjayakah Anwar Ke Putrajaya?
- SAH – Tengku Razaleigh Hamzah Mengadap Tuanku YDPA Sebentar Tadi
- Istana Negara: Dakwaan Anwar Tidak Kukuh, Senarai Nama Tidak Dikemukakan
- Anwar: Muhyiddin Hilang Majoriti, Saya Beranggapan Kerajaan Telah Jatuh (Video)
- Akan Berakhirkah Penantian Anwar Ibrahim?
- Lucut Atau Tidak Kuasa Pemerintahan Ditentukan Dewan Rakyat – Ku Li
3 thoughts on “UMNO Pertimbang Keluar PN”