Kebangkitan Ku Li: Jawapan Kepada Krisis Politik Negara?

Baca versi Jawi di sini.

Berita Tengku Razaleigh Hamzah mengadap Yang di-Pertuan Agong benar-benar telah menghangatkan suasana politik tanah air.

Tiba-tiba nama tokoh politik ini menjadi tajuk perbincangan, lebih-lebih lagi di media sosial. Walhal, selama ini nama besar ini jarang diperkatakan.

Sila baca: Di Sebalik Kemelut Politik, Ramai Gesa Ku Li Dilantik Jadi PM

Sebagai seorang anak muda yang sangat menghormati keperibadian dan ketokohan Tengku Razaleigh, saya memerhati keadaan ini dengan penuh minat.

Ada yang marah, lantas mempertikaikan kredibiliti beliau; namun ramai juga yang amat mengharapkan Tengku Razaleigh kembali ke barisan utama kepimpinan negara.

Sila baca: Ku Li, the Best Choice for Our Nation?

Sikap Tengku Razaleigh yang ‘low-profile’ serta sangat cermat dalam membuat kenyataan, menjadikan kita lebih tertanya-tanya tentang apakan yang sebenarnya sedang berlaku.

Menurut bacaan penganalisis politik veteran terkenal, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain, terdapat kemungkinan Yang di-Pertuan Agong melantik Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri Interim.

Menurutnya, terdapat kemungkinan besar Seri Paduka Baginda bersiap-sedia melantik Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri interim bagi mengendurkan ketidaktentuan politik disebabkan kerajaan sedia ada tidak memiliki jumlah majoriti meyakinkan.

Sinar Harian – Laluan Anwar berliku, Ku Li potensi PM interim

Sila baca: Adakah Ini Kebenaran Di Sebalik Penubuhan Semangat 46?

Tambah menarik, semakin ramai penganalisis politik yang membuat bacaan politik yang sama.

Keadaan menjadi lebih panas apabila UMNO mengumumkan untuk menilai semula kerjasama parti itu dengan Perikatan Nasional (PN).

Sila baca: UMNO Pertimbang Keluar PN

Maka timbul pelbagai andaian dan spekulasi tentang apakah langkah yang bakal diambil oleh UMNO. Seperti biasa, ada yang mencemuh dan ada yang menyokong.

Apakah UMNO akan menyertai kepimpinan Anwar Ibrahim? Berbagai-bagai naratif cerita sedang hangat dibawa oleh pelbagai pihak, bergantung kepada pihak mana yang bercerita.

Sila baca: Mungkinkah UMNO Berkongsi Kuasa Dengan DAP? Ini Pendapat Ku Li

Namun di sebalik semua cerita panas yang dihidangkan, hanya mereka yang berkaitan yang tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku; yang lainnya hanyalah andaian, fitnah dan propaganda politik.

Sebagai rakyat Raja, saya yakin Yang di-Pertuan Agong akan melindungi rakyat dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik berlandaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Sila baca: Kuasa Eksekutif Agong Yang Kurang Diketahui