Agong Minta Ahli Politik Bermuhasabah, Elak Negara Kembali Ke Kancah Politik Tak Menentu

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah supaya negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu ketika semua masih berdepan ancaman pandemik Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah turut mengulangi titah nasihatnya kepada ahli Parlimen semasa istiadat perasmian pembukaan penggal ke-3 Parlimen ke-14 pada Mei lalu, untuk mempamerkan kematangan dalam berpolitik dan memahami serta menjiwai keluh kesah dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

“Baginda menegaskan ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan tetapi sebaliknya menyelesaikan permasalahan melalui perundingan dan proses perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, mengambil keberkatan Jumaat, Sultan Abdullah menyeru semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat agar penularan wabak Covid-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan segera.

“Titah Sultan Abdullah ini berikutan penguatkuasaaan semula perintah kawalan pergerakan bersyarat di seluruh Sabah sehingga 26 Okt dan Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga 27 Okt serta kewujudan beberapa kluster baharu di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Labuan.

“Lantaran itu, Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard dan tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak berkuasa memerangi penularan Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara,” katanya. -{Free Malaysia Today]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.