Surat Zahid, Najib kepada Agong Sokong Anwar Adalah Palsu

Sepucuk surat menggunakan kepala surat Pertubuhan Kebangaan Melayu Bersatu (UMNO) tersebar hari ini kononnya ditulis oleh  Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong.

Intipati surat itu menggunakan tarikh 11 Oktober itu menyatakan ahli-ahli Dewan Rakyat UMNO memberi sokongan tidak berbelah bahagi dan setia kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri kesembian.

Selain itu, surat tersebut juga menyatakan pula bahawa Zahid dan Najib serta sebilangan wakil rakyat UMNO telah menarik balik sokongan serta kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahid dan Najib juga menurunkan tandatangan di surat dua halaman itu.

Ibu Pejabat UMNO ketika dihubungi MalaysiaGazette menafikan surat yang tular itu ditulis oleh Zahid dan Najib.

Kata jurucakap pejabat Presiden, surat tersebut sangat jelas palsu dan tidak mempunyai nombor rujukan.

Sementara itu jurucakap pejabat Najib berkata, nama Najib seperti yang tertera dalam surat palsu tersebut tidak ditulis seperti kebiasaan.

Ibu Pejabat UMNO juga sedang memantau agenda menyebarkan maklumat palsu menggunakan nama barisan pemimpin parti itu bagi mencetuskan kekeliruan dan kemarahan pelbagai pihak. –{MalaysiaGazette]

Diari Remaja @ Utusan Malaysia: Selalulah Bersyukur

Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Selalulah Bersyukur” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit di akhbar Utusan Malaysia.

Tulisan tersebut boleh dibaca di dalam akhbar Utusan Malaysia pada muka surat 17 hari ini, dan insya-Allah saya akan terus menulis di akhbar Utusan Malaysia bagi hari-hari Sabtu yang akan datang.

Tulisan ini juga dapat dibaca di Utusan Digital melalui pautan di bawah:
https://www.utusan.com.my/rencana/2020/10/selalulah-bersyukur/