Sedarlah, Persekutuan Tidak Mempunyai Tanah Tanpa Ihsan Raja-raja Melayu

Baca versi Jawi di sini.

Akhir-akhir ini, saya lihat ada segelintir daripada masyarakat yang bersikap biadab, menghina dan mempersoalkan kedudukan dan kuasa Raja-raja Melayu.

Ada yang ada yang cuba menangguk di air keruh dan cuba mencenarkan kemulian institusi diraja dalam perebutan kuasa di antara beberapa pemimpin-peminpin politik.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Malaysia negara berdaulat. Jangan sampai ada yang terpengaruh dan mahu membawa sentimen anti-Raja di Thailand ke negara kita.

Tiada gunanya bercakap tentang patriotisme jika kita buta sejarah dan tidak memahami serta menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah adalah tulisan saya yang pernah saya yang pernah saya terbit pada 16 Ogos 2020. Moga dapat memberi manfaat kepada semua.


Bayangkan huru-hara yang boleh berlaku ketika kerajaan PH jatuh akibat krisis politik pada Februari 2020 jika negara kita tidak mengamalkan sistem raja berperlembagaan.

Sedarkah kita bahawa ketika penubuhannya, persekutuan tidak mempunyai apa-apa, tanpa tanah yang dimiliki oleh kerajaan-kerajaan Melayu berdaulat yang diperintah oleh Raja-raja Melayu?

Sila baca: Tengku Hassanal: Kekalkan Kuasa Pemerintahan Bersama Agong

Malangnya, masih ramai rakyat yang gagal menghormati institusi diraja di negara kita. Lebih parah apabila rakyat bersikap semakin biadap terhadap Raja-raja Melayu khasnya di media sosial.

Malah pelbagai fitnah jahat telah dibuat ke atas baginda Raja-raja Melayu, termasuk fitnah besar terhadap Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang masih dipercayai oleh sebilangan rakyat sehingga ke hari ini. Lebih malang lagi apabila perkara ini juga dilakukan dan dipanjangkan oleh rakyat Raja sendiri.

Sila baca: Fitnah Yang di-Pertuan Agong: Guardian Harus Mohon Ampun

Jelas, mereka ini bukan sahaja buta sejarah negara bangsa tetapi juga gagal menghayati Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan mengangkat Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara; di mana Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa eksekutif seperti yang telah diperincikan oleh Perlembagaan.

Ada pihak yang hanya berbangga tentang demokrasi; namun tahukah mereka bahawa Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan (constitutional monarchy) dan bukannya Raja dalam demokrasi berparlimen (democratic parliamentary monarchy) seperti yang diamalkan di England? Malah perkataan ‘demokrasi’ tidak pernah sekali pun disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sila baca: Kuasa Eksekutif Agong Yang Kurang Diketahui

Negara telah meletakkan Yang di-Pertuan Agong pada kedudukan terpenting dalam sistem pemerintahan negara kerana punca kuasa pemerintahan Persekutuan berpusat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sejarah telah membuktikan bahawa walaupun tanpa sistem demokrasi, sejak dahulu lagi, kerajaan-kerajaan Melayu berdaulat telah berjaya ditadbir dengan baik, adil dan teratur sehingga disegani oleh kerajaan-kerajaan lain pada zamannya, contohnya Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau.

Sila baca: Raja Melayu Payung Negara

Negara ini bukannya terbentuk dengan sendirinya di atas tanah yang tidak bertuan seperti yang berlaku di dalam sesetengah permainan video; tetapi persekutuan ini ditubuhkan hasil permuafakatan dan pengorbanan Raja-raja Melayu yang sanggup mengorbankan kuasa mutlak baginda ke atas kerajaan masing-masing untuk bergabung membentuk sebuah negara persekutuan yang lebih kuat.

Jangan menjadi bagai kacang lupakan kulit atau seperti Belanda meminta tanah. Kita semua mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing yang mesti dihormati oleh setiap orang di negara ini agar dapat kita boleh hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Sila baca: Hayati Pengorbanan Raja-Raja Melayu Dalam Menyambut Hari Kebangsaan

Jika rakyat bercakap soal hak mereka, institusi diraja juga diperuntukkan hak oleh Perlembagaan, begitu juga hak negara ke atas rakyatnya.

Perkara ini telah dipersetujui oleh semua pihak yang terbabit ketika pembentukan negara kita dahulu; maka, apabila ada pihak yang mempertikaikan dan menuntut hak orang lain tentulah ianya menimbulkan perasaan marah daripada pihak yang dituntut.

Sila baca: Masih Relevankah Sistem Beraja?

Belajarlah tentang sejarah negara dan kenalilah asal usul negara bangsa. Jangan sampai kekhilafan menghancurkan tamadun bangsa.


Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

One thought on “Sedarlah, Persekutuan Tidak Mempunyai Tanah Tanpa Ihsan Raja-raja Melayu”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.