Zahid Gesa Gencatan Politik, Sokong Kerajaan PN

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak melakukan gencatan politik dan menumpukan sepenuhnya usaha membantu rakyat dalam meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik Covid-19.

Menerusi sebuah kenyataan media, beliau turut memberitahu bahawa parti tersebut akan mendokong kerajaan Perikatan Nasional, dan mengarahkan semua kepimpinan parti yang berada dalam kabinet ketika ini memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat.

Baca kenyataan penuh di bawah.

Dato’ Ayob: Lori Lebih Muatan Akan Disita (Video)

Polis Johor sentiasa tegas dalam usaha untuk membudayakan sikap mematuhi undang-undang.

Dalam sidang media Ops Perdagangan (Timbang Berat) pagi tadi, Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan bahawa Polis Johor akan mengambil tindakan ke atas kenderaan perdagangan khususnya lori yang tidak mematuhi peraturan.

Operasi ini, tuan-tuan, kita sasarkan kepada kenderaan perdagangan, khususnya lorilah, yang membawa muatan lebih … tayar botak, tak tutup kemas, lori tidak diselenggara dengan baik.

Dato’ Ayob Khan

Dato’ Ayob menegaskan bahawa lori yang membawa lebih muatan melebihi 35% akan disita dan jika tidak melebihi 35% akan dikenakan kompaun.

Dalam operasi pagi tadi, polis juga menahan lori-lori yang membawa batu yang tidak ditutup dengan kemas.