ADUN Bugaya Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65 tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, pada Selasa.

Menurut sumber, Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan selepas difahamkan mengalami masalah buah pinggang.

Bagaimanapun, wakil rakyat dari daerah Semporna itu dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), sebelum dilaporkan meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.

Sementara itu, Naib Presiden Warisan Datuk Jaujan Sambakong ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.

Tambah Jaujan, beliau dimaklumkan oleh suami Manis Muka mengenai berita itu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Sekarang saya pun berada di Gleneagles Hospital, kita sedang menunggu pengesahan doktor mengenai waktu kematian dan punca,” katanya.

Tambah Jaujan, selepas selesai, jenazah akan dibawa ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk disolat dan dikapankan sebelum dibawa pulang ke Semporna hari ini untuk dikebumikan. -{Astro Awani]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.