Belanjawan 2021: Ku Li Mungkin Tidak Hadir Undi

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) berkemungkinan besar tidak akan hadir untuk mengundi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat 26 November ini.

Setiausaha Politik Tengku Razaleigh, Mohd Lokman Ghani ketika dihubungi SuaraTV berkata Pengerusi Lembaga Penasihat itu menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional ketika ini masih belum menerima mandat yang sah dari Dewan Rakyat.

“Apa yang boleh saya katakan, Ku Li merasakan kerajaan sekarang masih tidak ‘legitimate’ sebelum usul tidak percaya atau percaya dibentangkan di Parlimen.

“Sekiranya jawapan menteri yang akan mengulung perbahasan minggu hadapan tidak menyakinkan beliau mungkin tidak akan hadir.

“Apa pun kita tunggu perkembangan semasa minggu hadapan,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu satu surat disebarkan melalui laman media sosial yang memaklumkan Tengku Razaleigh tidak akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021.

Menurut tangkap layar surat tersebut, Tengku Razaleigh berkata beliau tidak akan mengambil bahagaiin dalm sesi perbahasan yang sedang diadakan ketika ini.

“Memandangkan kerajaan sekarang masih belum disahkan melalui sidang Dewan Rakyat, saya terikat dengan sumpah (ahli parlimen) yang dilafazkan sebelum ini maka saya tidak boleh mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan,” memetik kenyataan di surat tersebut yang ditandatanggi oleh beliau.

Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan PN tidak boleh menyalahkan ahli Parlimen yang tidak menyokong dan menganggap mereka sebagai pengkhianat.

“Ia seperti perlawanan bola sepak. Kalau leka dan pintu gol terbuka jangan salahkan penyerang. Tak ada yang kata siapa yang sumbat gol adalah pengkhianat,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata, masa depan gabungan parti kerajaan PN itu bergantung kepada kebijaksanaan menteri-menteri kerajaan ketika menggulung perbahasan dan memberikan hujah.

“Sebelum ini, kisah pengundian bajet hampir ditolak adalah biasa. Minggu depan pengundian di peringkat dasar, selepas itu banyak pengundian-pengundian lain di peringkat jawatankuasa.

“Waktu itu menteri-menteri kena pandai menjawab dan berbahas. Tak ada siapa boleh bantu. Ada kala pengundian dibuat jam 2 atau 4 pagi. Boleh ditonton live melalui internet,” katanya.

Pada minggu ini dijangka menteri akan mula menggulung perbahasan peringkat dasar mengenai RUU Perbekalan 2021 pada hari Isnin.

Sekiranya semuanya berjalan lancar mengikut jadual, penggulungan perbahasan itu akan berlangsung pada hari Khamis, setelah itu akan ada undian mengenai belanjawan. –{SuaraTV]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.