BN Sepakat Dalam Keputusan

Tangkap layar di atas diambil daripada laman web rasmi UMNO Online, daripada sebuah artikel pendek yang baru disiarkan sebentar tadi.

Berita bergambar tersebut menunjukkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, sedang berbincang bersama beberapa ahli-ahli UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC.

Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan mengenai keputusan yang dikatakan telah disepakati oleh BN.

Agaknya apakah keputusan tersebut?

Rencana berkaitan:

Gambar Istiadat Angkat Sumpah Dato’ Hasni Sebagai MB Johor (2020)

Sila baca RASMI – Hasni Dilantik MB Johor

Gambar ihsan Istana Johor.

Rencana berkaitan:

RASMI – Hasni Dilantik MB Johor

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baharu sebentar tadi.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh pihak Istana Johor.

Beliau yang juga merupakan ADUN Benut telah mengangkat sumpah sebagai MB Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru sebentar tadi.

Sila klik di sini untuk gambar-gambar istiadat angkat sumpah.

Rencana berkaitan:

TERKINI – Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Isnin Ini

[Sinar Harian}- Persidangan khas Dewan Rakyat yang bakal diadakan pada 2 Mac ini bagi menentukan calon bagi mendapat majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu tidak akan berlangsung.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun katanya, surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tiada Pemberitahuan Usul yang lengkap.

“Saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangi Perdana Menteri Interim (Dr Mahathir), memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju supaya Dewan Rakyat dipanggil bermesyuarat pada Isnin, 2 Mac 2020.

“Namun demikian, saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Setakat ini tidak notis dikeluarkan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan dibuat selepas mendapat mendapat pemakluman titah rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung proses pemilihan Perdana Menteri.

“Oleh demikian, saya memutuskan tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini.

“Saya akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan seterusnya tentang notis dan tarikh Mesyuarat Khas akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Rencana berkaitan:

Gabungan Baharu Johor: PH Pertikai Keputusan Sultan Johor?

Petang semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah menitahkan bahawa sebuah Gabungan baharu telah diwujudkan bersama beberapa Ahli Dewan Negeri Johor (ADUN) dan berjaya memperolehi bilangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu.

Oleh yang demikian, Gabungan parti yang baharu berhak untuk memberikan cadangan nama calon Menteri Besar, sebelum susunan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu dilantik.

Namun malam semalam pula, Pakatan Harapan (PH) Johor telah membuat satu sidang media mendakwa Gabungan Baharu itu telah gagal mendapat majoriti seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

“PH Johor ingin menegaskan bahawa kami ada sokongan 28 adun – sembilan dari Amanah, 14 dari DAP dan lima dari PKR. Dan semua hadir malam ini.

“Jadi gabungan baru itu tiada majoriti untuk tubuh kerajaan negeri,” kata Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.

Malaysiakini (LANGSUNG: PH Johor sanggah ‘gabungan baru’ pegang majoriti di DUN)

Malaysiakini melaporkan bahawa PH Johor mendakwa Gabungan Baharu itu hanya memegang 27 kerusi dan bukannya 28 kerusi.

Baca laporan Malaysiakini di sini.

Daripada jumlah 56 kerusi, gabungan baru itu kini memegang 27 kerusi manakala PH 28 kerusi.

Malaysiakini (LANGSUNG: PH Johor sanggah ‘gabungan baru’ pegang majoriti di DUN)

Adakah ini bermakna PH Johor berani mempertikaikan keputusan sesi temubual yang dibuat oleh DYMM Tuanku Sultan Johor bersama ADUN Johor, yang disaksikan YB Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Penasihat Undang-undang Negeri Johor?

Adakah wujud seorang ADUN yang berubah pendirian walaupun telah menandatangani surat akuan bersumpah di hadapan Tuanku Sultan?

Di dalam laporan yang sama, Malaysiakini juga menulis:

Terdahulu, Chong dilaporkan menyokong gabungan baru itu, walaupun hari ini mengisytiharkan sokongannya terhadap PH.

Malaysiakini (LANGSUNG: PH Johor sanggah ‘gabungan baru’ pegang majoriti di DUN)

Untuk rekod, seramai 54 orang ADUN hadir mengadap Sultan Johor untuk sesi temubual tersebut yang berlangsung selama dua jam di Bangunan Sultan Ibrahim dua hari lepas.

Menurut kenyataan media daripada Istana Johor, setelah selesai sesi temubual bersama-sama ADUN Johor, Sultan Johor telah berpuas hati bahawa Gabungan parti yang baharu telah memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, apabila 28 ADUN memilih Gabungan Baharu berbanding 26 ADUN memilih Pakatan Harapan.

Sila tekan untuk merujuk kepada kenyataan media Istana Johor.

Saya yakin bahawa Sultan Johor amat teliti dalam melaksanakan tanggungjawab baginda semasa sesi temubual tersebut.

Rakyat Johor mesti menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, dan tidak bersikap biadap terhadap Tuanku Sultan, apatah lagi apabila ianya melibatkan fitnah yang memberi persepsi buruk terhadap Baginda sebagai Sultan Johor Darul Ta’zim.

Rencana berkaitan:

VIDEO – Sidang Akhbar UMNO di Menara Dato’ Onn (27/02)

Muafakat Nasional bersedia untuk berdepan apa jua situasi politik hari ini termasuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke -15 dengan menyusun jentera parti di semua peringkat termasuk di pusat, negeri dan pusat daerah mengundi.

– Astro Awani

UMNO Bersedia Mengambil Alih DUN Melaka

[Free Malaysia Today}- Barisan Nasional Melaka menolak dakwaan Ketua Menterinya, Adly Zahari yang mengatakan negeri itu kekal dengan status quo dan segala urusan pentadbiran berjalan seperti biasa.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Abdul Rauf Yusoh menyeru Pakatan Harapan membuktikan kepada Yang di-Pertua Negeri (YDPN), Mohd Khalil Yaakob dsn menyerahkan akuan bersumpah (SD) dengan segera sebagai tanda sokongan majoriti wakil rakyat terhadap kerajaan negeri.

“Dan sekiranya tidak dapat dapat buktikan bahawa ia dapat sokongan majoriti, maka kerajaan ini masih antara kerajaan-kerajaan yang tergantung.

“BN juga bersedia sekiranya cukup majoriti untuk membentuk kerajaan negeri, kita juga akan mengemukakan kepada YDPN dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Rencana berkaitan:

TERKINI – PPBM, BN, PAS, Bina Kerajaan Baharu di Johor

Berita susulan sila baca: Gabungan Baharu Johor: PH Pertikai Keputusan Sultan Johor?

Seramai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri Johor telahpun berjaya membentuk sebuah kerajaan baharu di negeri Johor.

Perkara ini diumumkan sebentar tadi oleh pihak Istana Johor.

Image may contain: text

Rencana berkaitan:

Kuasa Eksekutif Agong Yang Kurang Diketahui

Kini perhatian seluruh negara tertumpu kepada Istana Negara dalam masa rakyat mengharapkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menyelamatkan negara dan menamatkan krisis politik tanah air.

Saya sering menulis tentang peranan besar Raja-Raja Melayu, sistem Raja Berperlembagaan serta mengenai Perlembagaan Persekutuan kerana perkara-perkara ini penting dalam membentuk jati diri saya sebagai seorang anak bangsa yang cintakan negara.

Minggu ini, negara telah berhadapan satu cabaran yang amat getir apabila berlakunya krisis politik yang paling besar di dalam sejarah kerajaan Malaysia.

Akibat masalah dalaman parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH), buat pertama kali di dalam sejarah negara, sebuah kerajaan yang memerintah runtuh dengan sendirinya apabila parti PPBM keluar daripada pakatan kerajaan; sebelum Tun Dr. Mahathir bertindak meletakkan jawatannya.

Ketika saat-saat getir begini, sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara kita telah menyelamatkan negara daripada keadaan huru hara yang boleh mencetuskan keganasan kerana walaupun kerajaan telah runtuh, sistem pemerintahan negara kita masih kekal di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong.

Andaikata Malaysia tidak mempunyai Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pentadbiran negara, kejatuhan parti pemerintah secara tiba-tiba akan meletakkan negara di dalam situasi yang lebih kritikal, ditambah lagi dengan perebutan kuasa dan pertelingkahan dalam kalangan mereka yang berkepentingan. Akibatnya rakyat bukan sahaja hilang tempat bergantung tetapi juga berdepan dengan keadaan yang tidak aman.

Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Utama Negara, yang membawa maksud bahawa baginda mempunyai kuasa eksekutif tertinggi seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 39 Perlembagaan.

Dalam menghadapi kemelut politik ini, langkah pertama yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong adalah melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Walaupun tidak ada peruntukan khas mengenai pelantikan seorang Perdana Menteri interim di dalam Perlembagaan Persekutuan, namun Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan itu.

Merujuk tulisan Dr Muhammad Fathi Yusof, pelantikan Perdana Menteri interim adalah berteraskan kuasa Yang di-Pertuan Agong secara umum mengikut Perkara 32(1) dan Perkara 39.

Perkara 32(1): Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana- mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

Perkara 39: Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada
Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan manamana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua,
bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh
mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri,
tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi
eksekutif kepada orang lain.

Perlembagaan Persekutuan

Hakikatnya, pandangan bahawa tugas dan kuasa Yang di-Pertuan Agong hanyalah terbatas kepada perkara-perkara yang bersifat “ceremonial” atau majlis adat-istiadat sahaja adalah satu pandangan yang tidak benar sama sekali.

Kekhilafan ini telah mengakibatkan ada yang beranggapan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu hanyalah simbol tanpa kuasa kecuali sebagai Ketua Agama.

Perkara 40(2) memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri menurut budi bicara baginda. Menurut pakar Perlembagaan negara, Dr. Shamrahayu Abd Aziz, kuasa budi bicara di dalam peruntukan ini bermaksud kuasa yang dilaksanakan oleh baginda Yang di-Pertuan Agong tanpa nasihat daripada mana-mana pihak.

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) melantik seorang Perdana Menteri;

Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan juga memperuntukkan perkara-pekara lain kepada Yang di-Pertuan Agong seperti kuasa memberi keampunan, membubarkan Parlimen, mengistiharkan darurat dan beberapa kuasa penting lain yang tidak diperuntukkan kepada orang lain, walau Perdana Menteri sekalipun.

Profesor Dr Anthony Milner, pakar kajian Sejarah Asia dari Australian National University (Universiti Kebangsaan Australia) pernah berkata bahawa Raja Berperlembagaan di Malaysia kurang diberi perhatian ahli akademik kerana tanggapan lampau, menurut satu laporan akhbar pada Julai, 2011.

Di dalam laporan yang sama, beliau menekankan bahawa sehingga hari ini, institusi itu telah menggunakan kuasa mereka untuk menentukan kepentingan rakyat tidak diabaikan, dengan memberi contoh peranan yang dimainkan Yang Di Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin sewaktu demonstrasi Bersih 2.0.

Atas titah khas baginda mengenai isu itu, perhimpunan tersebut telah diadakan di stadium dan tidak di jalan raya seperti yang dirancang oleh kumpulan itu.

Semoga institusi diraja kita akan sentiasa dipelihara Allah S.W.T dan negara kita sentiasa berada di bawah rahmatNya.

Rencana berkaitan:

VIDEO – Perutusan Khas Perdana Menteri Interim Malaysia, Tun Dr. Mahathir

Baca juga: Ku Li, the Best Choice for Our Nation?