MP Warisan Batu Sapi, Liew Vui Keong Meninggal Dunia

Adalah dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong (Warisan) telah meninggal dunia hari ini. Mendiang adalah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) di dalam kabinet Mahathir 2018.

اداله دلاڤورکن باهوا اهلي ڤرليمن باتو ساڤي⹁ليو ۏوءي کيوڠ ﴿واريثن﴾ تله منيڠݢل دونيا هاري اين. مندياڠ اداله منتن منتري دجابتن ڤردان منتري ﴿هال ايحول اوندڠ٢﴾ ددالم کابينيت محضير 2018.

Gambar Majlis Perasmian Pusat Latihan DIAN IKSIM

A picture of Dato’ Seri Jamil Khir talking to me after the officiating ceremony, Nov. 16, 2017. (Photo taken from the official Facebook page of Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom)

Pusat Latihan DIAN IKSIM di Batang Kali, Selangor telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 16 November 2017.

Majlis perasmian ini telah dihadiri di antaranya oleh Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha, ketua agensi-agensi di bawah JAKIM, Timbalan Ketua Pengarah BTN Tuan Haji Mohd Noor Rashid bin Mat Taharim, Pengarah Eksekutif Global Movement of Moderates Foundation (GMMF) Tuan Haji Zainal Zainuddin, warga IKSIM serta peserta Kursus Pemantapan DIAN (KPD) dari Kulim dan Kelantan.

Sila tekan imej untuk memperbesarkan gambar: