AG Dapat Kebenaran Mula Prosiding Komital Terhadap Mkini Dotcom, Ketua Editor

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan ex-parte yang difailkan Peguam Negara (AG) Tan Sri Idrus Harun bagi memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd dan Ketua Editor portal berita, Malaysiakini.

“Kami bersetuju wujud kes prima facie bagi penghinaan (mahkamah),” kata Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf yang mengetuai panel itu.

Beliau kemudian menetapkan 2 Julai untuk pendengaran prosiding komital itu.

Hakim Rohana yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Puan Sri Zaleha Yusof, juga menetapkan 25 Jun bagi pengurusan kes komital itu.

Mkini Dotcom merupakan pengendali portal berita tempatan, Malaysiakini.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching yang mewakili Peguam Negara berhujah Malaysiakini telah membenarkan komentar untuk disiarkan di bahagian komen artikel yang disiarkan pada 9 Jun dalam Malaysiakini bertajuk, CJ orders all courts to be fully operational from July 1.

Beliau berhujah komen itu mengandungi kenyataan yang menyinggung perasaan.

Loke berkata Peguam Negara menawarkan diri sebagai pemohon dalam perkara itu  kerana beliau adalah penjaga kepentingan awam, sambil menambah ia adalah demi kepentingan masyarakat kerana kenyataan yang menyinggung perasaan telah dibuat terhadap badan kehakiman.

Loke berkata kenyataan itu adalah serangan secara tidak langsung terhadap Ketua Hakim Negara, para hakim dan badan kehakiman secara keseluruhan dan akan menyebabkan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman, terhakis.

Beliau juga berkata kenyataan itu mendedahkan badan kehakiman terhadap skandal dan penghinaan masyarakat,” katanya.

Loke juga berhujah wujud kes prima facie bagi penghinaan itu, dan menambah berdasarkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, mereka (responden) dianggap telah menerbitkan kenyataan itu.

Seksyen 114A (1) menyatakan bahawa seseorang yang namanya, foto atau nama samaran muncul dalam apa-apa penerbitan yang menggambarkan dirinya sebagai pemunya, penganjur, pentadbir, editor atau penyunting, atau dengan apa-apa cara menerbitkan atau menyiarkan semula penerbitan dianggap telah menerbitkan atau menerbitkan semula kandungan penerbitan tersebut kecuali yang sebaliknya terbukti.

Sementara itu peguam A. Surendra Ananth yang mewakili responden berkata responden telah menghantar representasi kepada Peguam Negara petang semalam bagi pertimbangan untuk menarik balik kebenaran permohonan itu dan memohon mahkamah memberi penangguhan singkat.

Bagaimanapun, Loke berkata Peguam Negara telah mempertimbangkan permintaan itu dan ingin meneruskan permohonan tersebut.

Surendra memberitahu pemberita beliau akan berunding dengan anak guamnya  sama ada untuk memfailkan permohonan bagi mengetepikan kebenaran prosiding komital itu atau teruskan prosiding itu. -{BERNAMA]

Perlantikan Peguam Negara: Agong Dukacita Laporan Tidak Tepat & Negatif Media

Sila klik gambar untuk imej yang lebih besar.

Berita Harian melaporkan bahawa satu kenyataan media bertarikh 4 Jun telah dihantar Istana Negara kepada BERNAMA awal pagi ini yang ditandatangani oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Kenyataan media itu menyebut Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.

Kenyataan media itu juga menegaskan bahawa Seri Paduka Baginda menitahkan Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam.

DYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Wan Ahmad Dahlan berkata atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Video Viral Shazni Munir PAN Fitnah ADUN Johor Pada Jelajah Hasutan?

Menariknya Naib Ketua Pemuda PAN itu berucap di pentas program jelajah YB Rafizi anjuran Invoke.

YB Rafizi Ramli pada satu majlis pembangkang telah menegaskan bahawa, “Tugas kita ialah menghasut…”

Bila agaknya YB Lim Kit Siang akan mengingatkan Naib Ketua Pemuda PAN dan YB PKR itu dengan dua ayat daripada Surah al-Baqarah iaitu “Janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi” (2:60) dan “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya” (2.42) seperti mana yang dilakukannya kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali?

Related Articles:

  1. Jom Layan Video Promosi Program Jelajah Seorang Penghasut
  2. Video Kebenaran Yang Rafizi Tidak Mahu Anda Tonton
  3. Video: Rafizi Ramli Kaki Hasut