RASMI – PRK Chini: Mohd Sharim Menang Bergaya, Majoriti 83%

Baca versi Jawi di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengumumkan calon parti politik Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N23 Chini, Pahang sebentar tadi, berikutan Pilihan Raya Kecil yang diadakan bagi kawasan tersebut.

Mohd Sharim telah memperolehi majoriti sebanyak 83% dengan meraih sebanyak 13,872 undi. Kedua-dua calon yang lain, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, masing-masing telah mendapat 1,222 dan 137 undi.

Pilihan Raya Kecil ini merupakan Pilihan Raya Kecil pertama sejak Krisis Politik 2020, yang menyaksikan pertukaran kerajaan daripada kerajaan Pakatan Harapan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Ia juga merupakan Pilihan Raya Kecil pertama sejak penularan pandemik Covid-19, dan segala tugasan Pilihan Raya Kecil ini telah dijalankan mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Kerusi DUN Chini kosong susulan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung pada 6 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar yang memperoleh 10,027 undi, menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi, dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.

PRK DUN Chini 4 Julai

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini, Pahang diadakan pada Sabtu, 4 Julai depan.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun turut mengumumkan hari penamaan calon pada 20 Jun manakala tarikh mengundi awal ialah pada 30 Jun.

Kerusi DUN Chini kosong susulan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung pada 6 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar yang memperoleh 10,027 undi, menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi, dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.

Terdahulu SPR membincangkan tarikh penting urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya itu. -{Bernama]

Lima Sebab Barisan Nasional Menang PRK Kuala Besut

Related Post:

  1.  PRK Kuala Besut N01: Video: Manifesto Azlan, Calon PAS Jika Menang PRK Kuala Besut 

PRK Kuala Besut N01: Video: Manifesto Azlan, Calon PAS Jika Menang PRK Kuala Besut

PAS’s candidate for N01 Kuala Besut, Azlan Yusof @ Che Long made an interestng statement in an interview as shown below …

What I understand from the interview is that he feels that his business is more important than his responsibility as a state assembly representative.

The question is why in the first place does he wanted to be a state assembly representative if he is not really interested or too busy with his business to carry his own responsibilities to serve the people?

.