PANAS – Surat Ku Li Kepada Speaker Dewan Rakyat Didedahkan!

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menawarkan beliau jawatan Penasihat Petronas, namun beliau menolak tawaran tersebut atas dasar mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Sila baca: Lucut Atau Tidak Kuasa Pemerintahan Ditentukan Dewan Rakyat – Ku Li

Di dalam sepucuk surat yang ditulis beliau, Tengku Razaleigh menyatakan kebimbangannya atas situasi politik negara, terutamanya apabila Perdana Menteri telah dua kali enggan membenarkan Usul Tidak Percaya untuk dibentang, walaupun ia sebahagian penting daripada amalan demokrasi negara.

Surat tersebut telah hantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 25hb September 2020, namun baru sahaja didedahkan kepada awam menerusi laman Facebook rasmi Tengku Razaleigh Hamzah sebentar tadi.

Sila baca: Di Sebalik Kemelut Politik, Ramai Gesa Ku Li Dilantik Jadi PM

Beliau turut menegaskan masalah penyogokan politik yang berlaku dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat, dan sumpah jawatan yang dilafazkan Ahli-ahli Dewan Rakyat dilihat seperti tidak dipedulikan oleh mana-mana pihak.

“Penyogokan politik terus menyebabkan demokrasi berperlembagaan kita menghadapi cabaran serius. Saya bimbang dan khuatir sama ada demokrasi berperlembagaan kita mengalami penyogokan politik ini dengan cara tersembunyi.

“Saya menyatakan isu kepercayaan keperlembagaan dan penyogokan politik secara bertulis kerana saya risau sama ada sumpah jawatan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat itu tidak dipeduli. Sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ terikat oleh sumpah jawatan dan berkewajipan mendukung Perlembagaan kita”.

Sila baca: UMNO Pertimbang Keluar PN

Beliau turut menyentuh perihal Ahli-ahli Dewan Rakyat yang menerima tawaran jawatan berpendapatan, serta menyatakan bahawa beliau turut diberi tawaran yang sama oleh Perdana Menteri, namun telah menolaknya.

Sesungguhnya demokrasi berperlembagaan kita musnah dari dalam oleh “musuh dalam selimut”. Penyogokan politik ini amat susah dibesan dan tidak dapat ditakrif secara habis-habisan. Maka itu amatlah penting pemahaman terhadap penyogokan politik ini diteraskan kepada pemahaman bahawa tujuan keperlembagaan menganggap pemegangan “jawatan berpendapatan” sebagai pembatalan keahlian adalah untuk mempertahan dan mendukung Perlembagaan serta integriti Dewan Rakyat.

“Untuk makluman, Perdana Menteri telah menawar jawatan Penasihat Petronas kepada saya, yang pernah ditawar kepada bekas Perdana Menteri, tetapi saya menolak tawaran tersebut. Saya menolaknya kerana prihatin terhadap Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan berkaitan “Hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen”: sekiranya “dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan.” Bahagian kecil [sub-section] ini bertujuan mencegah Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada menyokong atau pun mengundi demi menyokong kerajaan bagi maksud “penyogokan politik”.

Datuk Azhar membalas surat tersebut dengan mengatakan bahawa aturan mesyuarat yang dirujuk telah disusun oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang lepas, iaitu Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof. Namun, jawapan tersebut tidak menyebut apa-apa tentang penyogokan politik.

Sila baca: Istana Negara: Dakwaan Anwar Tidak Kukuh, Senarai Nama Tidak Dikemukakan