Idrus Harun Dilantik AG Baharu

[Free Malaysia Today}- Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Idrus Harun sebagai peguam negara baru, menggantikan Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Feb.

Selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Agong mempersetujui pelantikan Idrus untuk tempoh 2 tahun berkuat kuasa hari ini.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai peguam negara,” kata PMO dalam kenyataan.

Thomas memendekkan perkhidmatan beliau yang sepatutnya tamat pada Jun tahun ini kerana perubahan politik negara.

TERKINI – Tommy Thomas Letak Jawatan

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas meletak jawatan susulan isu perlantikan Perdana Menteri baharu.

Memetik laporan Harian Metro, Tommy dikatakan menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik beliau menjawat jawatan itu selama dua tahun.

Difahamkan, kontraknya itu dijangka tamat pada Jun ini.

Laporan itu memaklumkan sumber memberitahu Tommy mahu meletak jawatan ketika Mahathir masih memegang jawatan Perdana Menteri memandangkan dilantik ketika pemerintahannya.

Perlantikan Peguam Negara: Agong Dukacita Laporan Tidak Tepat & Negatif Media

Sila klik gambar untuk imej yang lebih besar.

Berita Harian melaporkan bahawa satu kenyataan media bertarikh 4 Jun telah dihantar Istana Negara kepada BERNAMA awal pagi ini yang ditandatangani oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Kenyataan media itu menyebut Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.

Kenyataan media itu juga menegaskan bahawa Seri Paduka Baginda menitahkan Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam.

DYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Wan Ahmad Dahlan berkata atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.