Bubar DUN Melaka: TYT Tolak Permintaan Ketua Menteri

Setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) kehilangan kuasa di negeri Johor dan pusat, kini kerajaan PH Melaka pula tumbang akibat perpecahan parti PH dan peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir yang membawa kepada krisis politik paling getir di tanah air kita.

Sila baca: YB Norhizam: “Saya Mengaku Saya Jadi Barua” (Video)

Untuk rekod seperti yang beliau laporkan di Facebooknya, Ketua Menteri Melaka telah memohon Tuan Yang di-Pertuan Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob agar membubarkan DUN Melaka berikutan PH kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).


(Astro Awani) – AYER KEROH: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob menerusi satu kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri Adly Zahari untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menjalankan Pilihan Raya Negeri.

Keputusan itu dibuat selepas Tun Mohd Khalil mendapati Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN di negeri itu.Justeru itu, berdasarkan Perkara 7 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka perlu meletakkan jawatan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Selanjutnya, berdasarkan perkara 7 (2)(a) Perlembagaan Negeri turut menyatakan TYT akan melantik Ketua Menteri Melaka yang baharu dalam masa terdekat.

Terdahulu,  Adly Zahari dalam satu kenyataan media di Facebooknya menyatakan beliau mencadangkan kepada TYT Negeri Melaka untuk membubarkan Dun memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri dijalankan.