“Mana Pergi Menteri, Timbalan Menteri?” – Ahmad Maslan

[Utusan Online}- KUALA LUMPUR 18 Julai – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan tindakan menteri dan timbalan menteri yang meninggalkan Dewan Rakyat ketika persidangan masih berlangsung.

Dalam entri di twitternya, beliau mempersoalkan kenapa pada pukul 4 petang kerusi-kerusi menteri dan timbalan menteri sudah kosong, sedangkan persidangan Parlimen tamat pada pukul 5.30 petang.

“Jam 4 petang, Rabu. Sidang hari ini tamat (pukul) 5.30 petang. Mana perginya Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan #PH (Pakatan Harapan?

“Dahulu mereka pernah tanya, mengapa kami tidak penuhi masa dalam #DewanRakyat? Nampaknya mereka tidak sehebat mana pun. Harap ada perubahan lepas ini. Perlu ada giliran yang bertugas,” kata Ahmad Maslan dalam entri tersebut.